Ads 468x60px

I

Featured Posts

Monday, July 29, 2013

Pesanan GPK HEM

Penilaian Kurikulum 2, 30 Julai - 1 Ogos 2013. Selamat menduduki ujian kepada semua murid tingkatan 4, SMKDPT. Buat ulangkaji agar memperoleh keputusan yang cemerlang. Good luck.

Thursday, July 4, 2013

Hari Bertemu Pelanggan 2013

Hari Bertemu Pelanggan (Hari Terbuka) hari ini berjalan dengan lancar. Kehadiran ibu bapa sebanyak 96%. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan prihatin tentang prestasi anak2. Semoga kerjasama yang erat dapat melonjakkan kecemerlangan anak2 dan SMKDPT tercinta.

Kejohanan Padang dan Balapan SMKDPT

Kejohanan Padang & Balapan SMKDPT, Jumaat 28 Jun 2013. Terima kasih atas kerjasama semua warga sekolah yang telah menjayakannya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Majulah Sukan Untuk Sekolah.












p/s: Foto tidak begitu berkualiti kerana diambil dari kamera handphone. Semoga suatu hari admin memiliki DSLR. :)

Latihan Memadam Kebakaran & Menyelamat

Latihan Memadam Kebakaran & Menyelamat oleh Pasukan Bomba & Penyelamat Pasir Gudang, Khamis 4 Julai 2013. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Murid-murid mendengar penerangan disampaikan oleh anggota Bomba & Penyelamat

Demonstrasi memadam kebakaran. Api dinyalakan...

Kelengkapan yang terdapat dalam sebuah trak bomba

Demonstrasi menyelamat mangsa

Penerangan mengenai penggunaan pemadam api

Berjaya memadam kebakaran. :)

Murid diberi peluang memadam api.

Dari kejauhan... :) 

Anggota bomba menunjukkan teknik yang betul menggunakan pemadam api.




Pembantu Makmal juga berpeluang mempelajari teknik memadam kebakaran yang betul




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



MENJAGA KESELAMATAN DIRI WALAU DIMANA JUA KITA BERADA ADALAH TANGGUNGJAWAB SETIAP INDIVIDU. PENGETAHUAN MENYELAMAT DAN MEMADAM KEBAKARAN PENTING BAGI MENJAMIN KESELAMATAN SEMUA MURID DI SEKOLAH.

ELAKKAN KEBAKARAN DARIPADA BERLAKU!!! KESELAMATAN KITA TANGGUNGJAWAB KITA.

Thursday, June 27, 2013

LAWATAN KE KOTA KINABALU SABAH

Dejavu di Kinabalu, nanti Aku Di sana. Pada 21-23 Jun 2013, Unit HEM seramai 32 orang ahli telah mengikuti lawatan ke Kota Kinabalu Sabah. Antara tempat-tempat lawatan yang di lawati ialah :-



ke Rumah Terbalik



ke Luati Fish Tagal


Thursday, April 18, 2013

HARI PENETAPAN ETR SPM & PMR

Hari ini telah berlangsung Hari Penetapan ETR (Expected Targeted Result) untuk SPM dan PMR bagi tahun 2013. Majlis ini telah diadakan di Dewan Penggawa bermula jam 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang. Puan Hajah Fatimah binti Ahmad, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang telah berbesar hati merasmikan majlis ini. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Pegawai Pelajaran Daerah atas kesudian menghadiri majlis ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua guru dan pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Tiga yang bertungkus-lumus menjayakan Majlis Penetapan ETR ini sehingga menjadi majlis yang gemilang. Tanpa usaha dan kerjasama kalian semua sudah pasti majlis ini tidak berjaya diadakan dalam keadaan yang baik.

SMK Dato Penggawa Timur mensasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.25 untuk SPM 2013 manakala 1.15 untuk PMR 2013. Semoga kejayaan demi kejayaan dapat digapai oleh warga SMKDPT dari tahun ke tahun yang akan datang. Marilah kita sama-sama berganding bahu bersiap siaga menghadapi SPM dan PMR. Semoga kejayaan yang gilang gemilang menjadi milik kita semua.

Sekian.




Tuesday, April 9, 2013

Tinta Pena PK HEM


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...

Selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2013 kepada anak-anak didik SMK Dato' Penggawa Timur yang dikasihi.

Tekadkan azam, kuat semangat untuk mengharungi ranjau dan onak 2013.

Semoga kalian beroleh kecemerlangan.