Ads 468x60px

I

Thursday, April 18, 2013

HARI PENETAPAN ETR SPM & PMR

Hari ini telah berlangsung Hari Penetapan ETR (Expected Targeted Result) untuk SPM dan PMR bagi tahun 2013. Majlis ini telah diadakan di Dewan Penggawa bermula jam 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang. Puan Hajah Fatimah binti Ahmad, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang telah berbesar hati merasmikan majlis ini. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Pegawai Pelajaran Daerah atas kesudian menghadiri majlis ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua guru dan pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Tiga yang bertungkus-lumus menjayakan Majlis Penetapan ETR ini sehingga menjadi majlis yang gemilang. Tanpa usaha dan kerjasama kalian semua sudah pasti majlis ini tidak berjaya diadakan dalam keadaan yang baik.

SMK Dato Penggawa Timur mensasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.25 untuk SPM 2013 manakala 1.15 untuk PMR 2013. Semoga kejayaan demi kejayaan dapat digapai oleh warga SMKDPT dari tahun ke tahun yang akan datang. Marilah kita sama-sama berganding bahu bersiap siaga menghadapi SPM dan PMR. Semoga kejayaan yang gilang gemilang menjadi milik kita semua.

Sekian.




Tuesday, April 9, 2013

Tinta Pena PK HEM


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...

Selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2013 kepada anak-anak didik SMK Dato' Penggawa Timur yang dikasihi.

Tekadkan azam, kuat semangat untuk mengharungi ranjau dan onak 2013.

Semoga kalian beroleh kecemerlangan. 

Thursday, April 4, 2013

IKLIM SMKDPT

Memperkenalkan...

 Ini merupakan senarai 10 kunci kejayaan anak didik kami dengan cogan kata 'Imej Sekolah Kita Tanggungjawab Kita'


 Ini pula merupakan polisi program peningkatan keselamatan sekolah dengan cogan kata ' Kehadiran Cemerlang, Sahsiah Gemilang, Prestasi Terbilang'. Sekolah mensasarkan peratus kehadiran 99.8% menjelang 2015 seiring menuju Sekolah Berprestasi Tinggi.


 Dataran Ilmu ini merupakan tempat para pelajar sekolah kami membuat perbincangan dan menjalankan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah.


 Akhirnya, buat julung kalinya kami mengungguli daerah Pasir Gudang dalam pencapaian SPM 2013 dengan catatan GPS 2.25. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun mendatang.


KAMI DATANG DENGAN HARAPAN, KAMI PULANG MEMBAWA KEJAYAAN.

-
-
-
-
-
-
Keselamatan pelajar adalah keutamaan yang perlu dijaga. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang saban hari tanpa jemu menanti di hadapan pintu pagar sekolah seawal jam 6 pagi bagi memastikan keselamatan pelajar ketika melintas jalan sentiasa terjamin. Semoga kita sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas-tugas seharian di sekolah. 


Makluman.

Blog masih dalam pembinaan. Harap maklum.