- Pelajar hanya boleh berada di dewan pada waktu rasmi dan pada waktu selepas tamat persekolahan bergantung kepada program yang dijalankan dengan diiringi oleh guru berkenaan.
- Pelajar tidak dibenarkan berada di dewan pada waktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung tanpa sebarang tujuan.
- Sebarang peralatan dan kemudahan dewan, penggunaannya perlu mendapat kebenaran dari Pihak Pentadbir sekolah.
- Hanya pelajar yang terlibat dengan sesuatu program sahaja dibenarkan berada di dalam dewan.
- Pengguna dewan tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan, perabot dan lain-lain kemudahan dewan tanpa mendapat kebenaran Pihak Pentadbir sekolah.
- Setiap kali selepas penggunaan dewan, pastikan kemudahan seperti lampu, kipas dan alat siaraya dimatikan suisnya dan memastikan semua pintu termasuk pintu utama dewan dikunci.
- Pengguna dewan hendaklah memastikan keselamatan dan kebersihan di dalam dan luar kawasan dewan sebelum dan selepas sesuatu program atau aktiviti dijalankan.
Peraturan Am Penggunaan Dewan
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment